Impian Menjadi Kenyataan ..

Dengan bermula sebuah mimpi dan dengan mimpi tersebut, terlahirlah sebuah transformasi yang mampu mengubah seseorang yang biasa menjadi luar biasa.

Setiap manusia didunia yang kaya dengan mimpi adalah lebih dekat untuk mencapai segala impian mereka.Namun sekiranya manusia amat miskin mimpinya tidak akan berlaku perubahan dalam hidupnya.

Seperti yang pernah dikatakan bahwa orang yang paling miskin bukanlah kerana tidak memiliki harta, tapi mereka yang tidak mempunyai impian yang besar.

Antara contoh terbaik mereka yang mencapai impian mereka dari hasil impian yang besar serta usaha yang bersungguh-sungguh ..

Thomas Alva Edison Lampu telah menerangi langit malam yang gelap menjadi terang benderang. Ia gagal sampai beribu kali sebelum berjaya mencipta bola lampu. Ia memiliki mimpi untuk menerangi dunia di malam hari. Bukan hanya bola lampu yang ditemukannya, tetapi juga lebih dari 1000 jenis lain yang membuatnya menjadi penemu terbesar dalam sejarah.Malah dihari kematiannya Presiden Amerika meminta seluruh rakyatnya memadamkan lampu selama satu jam bagi mengenang jasanya.

Steve Jobs Merupakan pengasas perusahaan teknologi Apple. Ia dianggap sebagai salah satu penemu terbesar dalam sejarah umat manusia melalui berbagai produk teknologi yang diciptakannya. Ia juga dianggap seorang visioner yang tiada gantinya kerana beliau berjaya membangkitkan Apple yang hampir bankrup menjadi perusahaan raksasa yang paling bernilai hari ini. Ia berjaya mengubah dunia melalui teknologi. Produk ciptaannya yang revolusioner dan fenomenal antara lain, iPod, iPhone, iPad, MacBook dan lainnya.

Wright Bersaudara Mereka hanyalah mekanik yang pekerjaannya memperbaiki basikal. Lantas apakah yang membuat mereka memasang impian yang besar? Suatu hari, mereka melihat burung yang terbang bebas di udara. Mereka bertanya mengapa manusia tidak bisa seperti itu. Lalu mereka membuat sesuatu yang boleh membawa manusia terbang. Banyak orang mengatakan mereka sudah tidak waras.Di zaman itu, belum ada pesawat dan sangat masuk akal jika berpikir tiada benda yang boleh terbang.Namun akhirnya mereka berjaya mencipta mesin pertama yang boleh terbang. Penemuan mereka ini adalah salah satu yang terbesar dalam sejarah manusia.

Kolonel Sanders ketika beliau bersara, ia mendapati dirinya hanya memiliki sedikit simpanan yang tidak cukup untuk menampung hari tuanya. Maka dari itu, ia berusaha menjual resepi ayam goreng ibunya ke berbagai penjual. Tapi semua orang menolak. Bukan hanya puluhan atau ratusan kali ditolak, tapi ia ditolak lebih dari seribu kali, tepatnya 1006 kali.Namun akhirnya satu orang berikutnya sedia membeli resepi tersebut dan pada hari ini KFC berdiri dengan teguh dan memiliki cawangan diserata dunia.


Bill Gates Siapa yang tidak kenal Bill Gates, salah seorang yang terkaya di dunia kerana mendirikan syarikat perisian gergasi, Microsoft. Ia memiliki impian yang besar bahawa pada suatu hari setiap rumah akan memiliki PC (Personal Computer). Meskipun beliau tidak lulus kuliah alias Drop Out, tapi beliau berjaya membangunkan microsoft dan berjaya menjadi seperti sekarang ini.


Bagaimana dengan Diri Anda !!

Setiap orang pasti mepunyai impian kecil mahupun besar.Jika Anda mampu mewujudkan mimpi menjadi kenyataan, setidaknya Anda adalah pemimpi terbesar dan terhebat no.1 dalam hidup Anda.Sekarang adalah masanya anda memperjuangkan impian besar Anda bagi mengubah hidup Anda dari biasa-biasa menjadi luar biasa.